17.3.13

tanggungjawab

dah agak lama tak cerita pasal sesedih kan. mungkin sebab aku bahagia je sekarang. hati berbunga. heee

alkisah nak cerita. pagi tadi pergi Semerah nak jengok nenek sedara, Tok Yam yang sakit. kena strok half badan. kiranya tangan, badan sampai ke kaki belah kanan dah tak bole bergerak.

masa datang berbual dengan makcik Ani oke aje. dah masok bilik nak tengok Tok Yam terus rasa sebak. sedih gila. ibu jangan cakap dah berjurai2 dah kluar air mata. aku ni pun cuba tahan, tapi dah bergenang jugak. sedih lihat keadaan tok yam yg uzur tu. tak boleh makan. minum susu je tu pun ikot tiub. sudu kan air kat mulut pun untuk basahkan tekak je sebab memang tak bole telan. tok yam dah tak bole bercakap dah. masa sihat dulu ramah orang nya kenal semua orang tanya itu ini cerita macam2. tu bila dah macam ni rasa sedih sangat2!

tambah berganda sedih aku sebab muka tok yam iras2 muka atok perempuan ibu. sedih nye lahai. terus rasa rindu. makcik ani cakap apa2 pun ibu tetap nak anak perempuan dia yang jaga bila dah uzur sakit macam ni. sama macam ibu jugak. dulu jaga arwah tok ibu sebab ibu anak perempuan tunggal.

bila aku dengar macam tu aku tau dah satu masa nanti akan sampai giliran aku. rasa tanggungjawab tu dah ada. aku dah tanam dah dalam hati. apa2 pun memang aku nak jaga ibu ayah aku kalau jadi apa2. cuma aku berdoa je dari sekarang agar Allah mudah kan segalanya. dengan izin Allah. maksud nya dengan niat baik aku ni aku harap aku tinggal dekat dengan ibu ayah. bila aku dah bersuami dah ada keluarga nanti inshaaAllah, suami anak2 keluarga aku izinkan aku utk jaga ibu ayah. aku harap jugak aku dibekalkan dengan kesabaran yang sangat2 tinggi untuk semua tu. walaupun hati ikhlas redha nak jaga tapi bila kesabaran dah tade, mungkin hati jadi tak ikhlas semua. aku cuma manusia biasa sama macam orang lain. bukan baik sangat cuma harap semua tu ada untuk aku yang bukan seorang yang penyabar sangat pun.

aku harap adik2 aku yang lain akan ada niat yang sama macam aku. tak akan berkira atau tolak sana sini amek mudah pasal hal ni. ibu ayah kita. kita sama2 jaga. :') serius sedih. berjurai dah air mata ni. kalau dulu ibu masih muda lagi boleh je nak jaga tok ibu dengan besarkan 5 orang anak aku harap aku kuat sabar tabah ikhlas redha macam ibu jugak nanti. *doa banyak2. untuk sekarang aku doa ibu ayah sihat walafiat fizikal mental dalaman luaran semua.

oke dah. nak happy kan diri. hari ni jugak 17 Mac birthday kesayangan aku, remy..... sedih jugak sebab dah lima tahun sambit sama2 dengan kesayangan yang lain. tahun ni tak dapat sambut ramai2! untuk kau aku doa yang baik2 agar segala urusan dipermudahkan semua nya. inshaaAllah. amin. :)

2 comments:

E'in said...

itu dh mmg jd tanggungjawab kite sbg anak kena jaga org tua.. huhu

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini