3.6.13

Hari semua dapat bunga! :)

assalamualaikum.....

hi.. selamat malam !

Alhamdulillah... diri ini masih merajinkan diri untuk mengetuk papan kekunci kat laptop ini untuk satu lagi entry... ewahhh..... ayat tu tak tahan! hahaha so nak cerita... mengenai sesuatu yang dah terlalu lama aku menunggu. bukan aku je kot. kawan-kawan yang lain pun sama iaitu hari di mana setiap dirai itu akan dapat bunga! tak kisah lelaki atau perempuan iaitu Majlis Konvokesyen aku! yaiyyy!!! selepas 5 tahun setengah belajar kat IPG plus 6 bulan menganggur, tibalah masanya..

terlalu banyak sangat nak cerita sebenarnya.... tapi aku cerita pasal hari konvo dulu ye. so bertempat di PICC. sesiapa tak tahu PICC tu Putrajaya International Convention Centre atau pun Pusat Konventional Antarabangsa Putrajaya. tarikhnya 29 Mei 2013 hari Rabu. walaupun cuti sekolah tapi ibu ayah je yang datang. sedih sebab adik-adik dan abang tak datang. tapi nak buat macam mana, masing-masing ada hal sendiri.... ibu ayah dah datang pun dah cukup bagus. ditambah pulak orang yang sedang bertakhta dihati pun sanggup datang pagi2 pun dah cukup... heee *oke.ayat bertakhta dihati tuuuuu... sila muntah!* hahahahha

jadinya malam selasa ibu ayah datang terus ke Petaling Jaya lah kan rumah abang. pagi2 rabu tu bertolak lah ke PICC.. sampai agak lewat sikit. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar... jumpa dan duduk sekali dengan kesayangan aku... happy sebab dapat celebrate sama-sama.... ambil gambar sama-sama... majlis pun cepat je. tak lambat pun. 11.30 pagi dah settle semua. heee yang best nya masa nak naik pentas tu sempat lambai tangan dan senyum kat Ketua Jabatan aku dulu merangkap supervisor masa buat kajian tindakan dulu..... 

lepas habis majlis, Syahmi dah tunggu kat luar dewan dengan ibu ayah, ambil gambar pulang jubah dan terus pegi makan dan balik JB.... malang dan perkara sedih nya tak dapat jumpa Azie, Zatil dan Qiela before balik. tak sempat nak ambil gambar ramai-ramai semua family. padahal dah janji nak ambil gambar ramai-ramai. :( zatil dah balik dulu then ayah pun nak balik cepat.. sempat jumpa azie kejap. jumpa remy and ambil gambar dengan dia je....  oke. banyak dah taip, jom tengok gambar! yeayy!!

PICC 

kesayangan. sahabat selamanya.

roomate, housemate, kembar, sedara, sepupu, sepapat 

ambil gambar dulu sebelum masok dewan.

baru lepas naik pentas ambil scroll :D


sempat bergambar dalam dewan. belom habis majlis lagi time ni. hahaha

happy face

screen capture. harap gambar bila siap tak buruk haha

dah keluar dewan. yeay! dapat bunga.

ayah dan ibu.
pembakar semangat. punca utama kenapa aku boleh konvo.











oke dah. tengok sampai lebam. sekian....

ceritakedaikopi~ serius happy sangat. lepas ni tak tahu lah boleh rasa konvo lagi ke tak. harap2 boleh dan ada lagi peluang untuk sarung jubah macam ni dengan topi besar macam bunga tu. aminnnn..... 


hugs and kisses,
nadiah sallehudin

5 comments:

E'in said...

tahniah tahniah tahniah... :p

coklat susu said...

waa tahniah sis..eh..cikgu..hehe >.<

Santan Manis said...

waaa... tahniah! Jemput singgah ke blog kalau sudi :D

Hidayah Suhailee said...

waaaa. tahniah.. :)

Edda said...

tahniah yunk . . semoga terus success