25.2.13

Amirul Adeila Wedding part 2 (Johor Bahru)

Assalamualaikum.... hi. Selamat Petang! 
:)

masih di beri kesempatan dan masa untuk aku update majlis perkahwinan abang aku di belah lelaki iaitu di rumah kteorang sendiri.

selepas balik daripada Titiwangsa, satu family pun terus gigih mengemas dan membasuh rumah walaupun dah start dari tahun lepas lagi. memang penat sebab macam tak pernah siap je. ada je yang nak kemas kemas, ubah itu ini... tapi untuk minggu terakhir ni aku macam lagi rajin lah sebab adik ada. cuti seminggu. dah tak banyak sangat yang nak di kemas. sikit-sikit je.

abang and Kak Deila sampai hari Selasa malam. so start hari Rabu, Khamis, and Jumaat tu aku rasa rilex sikit sebab dah ada kakak kan.... hehe so, dia pun ringan tulang nak tolong-tolong kat dapur. if ada tetamu yang datang dia la yang buat air. heeeee untung nya siapa yang ada kakak kan. 

pada masa yang sama aku rasa macam risau jugak sebab setiap kali petang hujan mesti turun. lebat pulak tu. pakej sekali dengan guruh! ishhh... takot time kenduri abang nanti hujan lebat. kesian tetamu yang datang nanti. jadinya, aku doa je semoga dipermudahkan majlis.

Hari Jumaat, semua dah datang dah kepoh2 kat rumah. pak long, pak ngah, pak busu, semua ada and tidur kat rumah. meriah uollsss..... lagipun Jumaat malam tu ada majlis Maulidurrasul dan kenduri doa selamat. majlis start lepas magrib terus baca Yassin, doa selamat. Solat Isyak jemaah kat rumah, terus makan malam dan ceramah Maulidurrasul sekali untuk satu taman perumahan ni. takde lah banyak kerja pun sebab catering so rilex sikit.

hari Sabtu, hari yang ditunggu-tunggu setelah beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. cuaca tu sangat penting! sedang elok. tak panas tak mendung. redup2 je. ada hujan sekejap tapi tak lama dan tak lebat. sejuk-sejuk gitewww.... hehehe meriah! ramai yang datang. cuma nya serius aku tak sempat nak layan. even kawan-kawan aku pun. yelah. semua yang dijemput datang dalam satu masa. alahai..... minta maaf je laa.....

thankyou family, sedara mara, kawan-kawan, fath, oppa, wiwie and family, syahmi, syazani, baby, shiela, rashid, hilman, husaini, hidra and family, nazuan and family, kesayangan remy and abg su.....
korang buat aku happy that day.... :) :)

malam tu, rasa macam penat gila tapi still oke je.... hehe maybe sebab rumah tak bersepah sangat even buat kat rumah pun. cousin2 kot ramai yang dah tolong kemas-kemas before dorang balik. thankyouu so very much! so Sabtu malam tu sesi bukak hadiah. hehe oke je. thankyouu pada semua yang beri. cehhh macam majlis aku pulak ye.... kahkah! 

kat luar rumah pulak bersambungnya mesyuarat agong untuk kawasan perumahan aku tu. konon2 nak save bajet untuk kanopi tu bt sekali. ayah je la yang attend. ibu dah pengsan dah. hahaha atul keluar untuk amek makanan je. ada laksa johor and satay tuuuu... sedap gila oii.... heeee
oke, dah banyak sangat membebel. maghilah tengok gambar2 nye. 

Majlis Maulidurrasul

pink and blue peach
 sibling. girl power.

tak suka sangat dengan pelamin macam ni. bunga terlalu banyak campur warna.

happy family. kelakar kot the third picture tu. haha!!

Baby, Shiela, Hilman, Husaini

thankyouuuuu.........

yeayyy! kesayangan sy ! thankyou remy for comingggg..... :)


last ! ni je sempat bergambar dengan pengantin

oke. itu saje. terima kasih sebab sudi jenguk dan baca bebelan si menaip blog. :)

 ceritakedaikopi ~ mintak-mintak ada kerajinan untuk update pasal festival layang-layang. dah bertahun buat kat JB baru tahun ni kot dapat pergi. heksited ! huuuuu

 hugs and kisses,
nadia sallehudin

2 comments:

aziehoneys said...

bestnyer ade kakak rajin.. hehe
aku kakak ta berapa na rajin la..
btw cntik2 semua n yg pntg semuanya da selamat. syukur Alhamdulillah

E'in said...

untung laa dh dpt akak ipar... hehe