3.6.11

~rumah sewa~

 selamat malam!

aku tengah tengok nora elena dekat youtube sekarang. bese lah, kaki novel macam aku wajiblah kan tengok cerita nih.haha so, dah malam-malam nih internet pun dah semput, run macam siput. nak tunggu loading, jumlah bercerita sikit.

almost a week aku cuti. so far, duduk rumah je. keluar pun tengok wayang dengan adik. school holiday kan? a week before semester break, aku tengah final exam lah time tuh. digempar kan... (cehh..gempar lah sangat) digemparkan dengan satu berita bahawasanya kami, student semester 5 pismp kena duduk luar sem depan.OMG! which mean, aku termasuklah students yang lain ada  masa lebih kurang seminggu je nak cari rumah sewa kat luar. tolonglah! dengan exam 4 hari straight non-stop! mana ada masa nak keluar merayau-rayau cari rumah kat batu pahat.

news nih dapat tau dekat fb jek. ada ketua opsyen post. without any comfirmation letter from HEP or memo, nak tak nak terpaksa lah cari. alasan: sebab students yang akan masuk (junior baru lah) ramai and kolej IPG tak dapat nak support. so, kami-kami lah yang bernaseb malang itu. sungguh!

but, we were lucky. ada jumpa dengan seorang lecturer ni, so aku and roomate masa tuh pun mengadulah naseb.haha en. kami kena duduk luar sem depan ..... bla bla bla.... tade masa nak cari rumah.... bla bla bla busy nak study lagi... bla bla bla bla bla bla...... then, lect ni pun cakap.  "awak try lah tanya Pn. .... dia baru je pindah rumah baru. maybe rumah lama dia nak sewa." haduiii... terus shining2 mata aku and qiela.haha balek bilik terus mintak azie no fon lect yang berkenaan. then, lect tuh pun berbesar hati lah. dia ajak datang rumah dulu tengok rumah sesuai ke x.

so, aku and the geng pun bersyukur and mengharap rumah tuh je lah. sebab rumah dia pun sebelah je ngan IPG. so, senang lah kan. esok nya, pergi tengok  rumah. just nice! memang sesuai sangat lah. memang puas hati. apa2 pun aku bersyukur sangat sebab Allah dah permudahkan urusan rumah sewa nih. tapi risau jugak time tuh. yelah pergi tengok rumah hari sabtu tapi lect tuh comfirmkan hari isnin. naseb lah dia jadi nak sewa kan. kalau x, poning jugak palo esei nak pikir kan.hahahaha

so, 18hb jun ni nak masuk rumah dah. (cehhh, siap bagi tarikh lagi tuh).hahaha yelah, bukan apa, saja je nak bagitau. mana tau ada sape2 yang sudi nak tolong mengemas ke kan. ngeee~

so, itu jelah. duduk luar nih bermakna makin banyak lah tanggungannya. more independent. more cost. more money. and more discipline.

okeh, nora elena is waiting! bye!

No comments: