4.6.12

kematian

entry kali ni nak feeling sedih sikit. terjadinya entry ni sebab pagi tadi on twitter sebok orang cakap seorang perempuan ni "Yasmin Hunwick". siapa dia aku  totaly tak kenal and tak pernah kenal pun dia siapa. yang pasti she's very young and meninggal dunia sebab accident last night. oh, sorry. caca marba tulisan aku mix bahasa melayu and english. sedih jugak bila dapat tau. she remind me to zurina, my bestfriend ever.

sering kali aku terfikir-fikir beberapa soalan yang aku takkan tahu jawapannya sampai bila-bila. soalan-soalan yang sering bermain difikiran apabila ada kematian. tak kira siapa. nak tahu soalan apa??

: macam mana keadaan aku mati nanti? keadaan baik? buruk? memalukan? ngeri?
: adakah kematian aku akan susahkan orang lain?
: dengan siapa aku akan mati? sendiri? dengan keluarga?
: bila aku akan mati? sebelum atau selepas ibu dan ayah aku? sebelum atau selepas aku berkahwin?
: kalau sebelum mereka siapa pula yang akan jaga mereka? jaga adik2 aku?
: kalau dah berkahwin siapa yang akan jaga suami dan anak-anak (kalau ada rezeki)?
: siapa yang akan sedih bila aku dah tak ada?
: siapa yang akan sedekahkan al-fatihah dan surah yassin kat aku?
: siapa yang akan ziarah aku? family? ibu? ayah? abang? adik2? saudara mara?
: adakah kawan-kawan aku sanggup bersusah payah nak ziarah aku?
: siapa teman-teman rapat aku yang akan datang?
: adakah mereka semua akan bersedih dan menangis kerana aku? atau mereka bergembira bertepuk tangan      bila aku dah mati?
: siapa yang akan yang akan mandikan aku? kapankan aku? bacakan yassin? solat kan untuk aku?
: siapa yang akan angkat aku untuk ke van jenazah?
: siapa yang akan iring aku ke kubur? keluarga? saudara mara? sahabat? teman? musuh??
: adakah mereka sudi untuk lakukan semua itu untuk aku?
: siapa yang akan baca doa untuk aku?
: siapa yang akan curah air atas kubur aku?
: siapa yang akan tabur bunga atas kubur aku?
: siapa yang akan selalu ziarah kubur aku? bersihkan kubur aku?
: siapa yang akan selalu sedekahkan al-fatihah dan yassin sepanjang pemergian aku?


terlalu banyak soalan-soalan yang selalu bermain difikiran. kat atas ni hanya sebahagian sahaja. cukup sedih bila aku fikirkan jawapannya. seriously aku tak sanggup untuk jawap untuk  diri sendiri.
dunia akhir zaman. kematian tak kenal usia, tua , muda, sihat, sakit, uzur. yang pasti kematian akan datang tepat pada masanya. yang tahu hanyalah Yang Berkuasa, Allah S.W.T.

aku berdoa supaya aku sentiasa dekat disisi-Nya. nak tinggalkan zaman lalu aku yang penuh dengan dosa. yang pasti aku ingin selalu meminta kepada-Nya yang terbaik untuk aku dan meminta supaya Dia sentiasa denganku dan sentiasa mengingati aku.



tak pasti kenapa aku post sekali dengan lagu ni.

opick : cahaya hati

copyright youtube


4 comments:

zatilnabilah said...

kite doa awk panjang umur oke.. ;D

ummiputeh said...

kite pun sama..Amin...
(ae,aku da bole komen kt page org lenla...slu x bole..hoho)

nadia sallehudin said...

thank you kakak-kakak.... kita pun doakan zatil n remy skali.... huhu

remy kenape b4 nie tak bole???

Afeeqa said...

huhu. sedih. :(
wan, andai kata kau pergi dulu dari aku, insyaAllah, aku akan selalu sedekahkan doa untuk kau supaya kau senang di alam lain. dan aku harap, kau akan melakukan perkara yang sama untuk aku.

aku pun selalu fikirkan apa yang kau fikirkan tau wan. takut. sebab aku sendiri belum ready untuk berdepan dgn Allah.

sedih. :(

wan, semoga panjang umur ye syg.