9.8.11

~ moody monday ~

hari nih selasa. aku nak cerita pasal semalam. dari pagi semalam, baru nak keluar rumah pergi sekolah, kereta aku dah terlanggar box letrik gate. hadui.... macam mana boleh careless sangat pagi tuh pun aku tataw. habes dah bercalar dah plus kemek sikit. huwaaaaaaaaaaaaaa ! kalau ikut hati memang malaslah nak pergi sekolah. tapi, digagah kan jugak lah. apa boleh buat dah jadi. redha je la dengan duit yang akan melayang-layang nanti.

oleh sebab aku tengah berduka cita, bumi  batu bahat nih pun nak tumpang sedih, maka hujan pun turun. haha so, sampai sekolah agak lewat sikit berbanding hari-hari sebelum ini. after assembly, tuan hj abdul rahman datang nak observe. dia masuk kelas aku kejap je pun. dia nak observe amal senanya. kuikuikui puan radziah and her husband pun datang jugak.

yang menjadikan hari isnin aku nih penuh dengan kedukaan bila balek sekolah je, da sampai rumah, cousin aku message cakap pokde aku dah meninggal dunia. luruh terus jantung aku nih. banyak betul dugaan semalam. actually, memang dah tau pokde tengah sakit. sabtu lepas baru je ibu, ayah, atul n nazerah pegi melawat. aku ingat sempat lah nak jumpa time raya nanti. tapi dah ajal. aku tataw nak pergi ke tak even kat kluang je pun sebab dah janji nak jumpa tuan hj abdul rahman petang nih. dia nak check buku rph. then, call dia. mana tau boleh jumpa awal, so, sempat lah aku nak pergi melawat. bila dah call, tuan hj cakap pergi je melawat. esok lusa baru jumpa dia. aku pun terus la pegi rumah pokde.

sedih nya. sampai2 orang tengah baca yasin and tahlil. aku sempat tengok arwah untuk kali terakhir. harap-harap pokde akan bersama dengan orang-orang yang soleh. sememangnya dia seorangpakcik yang sangat baik. aku pun rapat jugak dengan dia dulu. aku sampai rumah dah magrib. sakit kepala sebab hari panas gila. after buka, memang aku tak buat keje apa-apa pun. pukul 10 aku dah masuk tidur da. haaaa..... awal gila la kan. satu kerja pun tak buat.

hari nih kena lah buat kerja yang melambak-lambak nih. nasib baik jugak aku tade kelas hari nih. dat's why aku boleh tidur awal semalam. kuikuikuikui  okelah. nak sambung buat kerja nih. lagi tuh, aku sedih gila kot sebab rasa macam tak dihargai. wordless. :'(

assalamualaikum~

ceritakedaikopi~alfatihah untuk ariffin bin ahmad.