19.8.11

L.I.M.A. = 5


Okeh. before nak bercerita pasal lima (5), meh sini nak habaq mai sikit. haha location mow at SK SERI LAKSANA. aku baru je habis kelas. hadui.. dah mabuk agak nye aku pagi-pagi nih. tataw la kenapa. pagi tadi dah la masuk kelas terawal ! patut nye 8.45 tapi pukul 8.00 aku dah masuk dah. hape lah. of course la cikgu tuh pelik sebab aku ada dalam kelas tuh. haha tadi, lepas abes kelas aku nak pergi 4M nak bagi notes kat sorang budak nih. tapi, aku boleh pulak salah kelas masuk 6 M. gila ke mabuk nih? mesti la malu kan dah salah masuk kelas. tapi buat muka tak bersalah je lah. dalam hati aku je la yang tau. hahahaserabut gila lah hari nih ! maybe dah tak sabar nak balek rumah kot hari nih. al-maklum lah ada orang nak belanja buka hari nih. kuikuikui tunggu eh nanti. cehh..macam rajen sangat jek nak hupdate ek. ;p

okeh, jum cerita pasal l.i.m.a. :)


lima hari je lagi aku akan bangun awal pagi.
lima hari je lagi aku akan mandi pukul lima
lima hari je lagi aku akan datang menikmati udara pagi segar
lima hari je lagi aku akan keluar rumah subuh-subuh
lima hari je lagi aku akan dapat dengar kicauan burung
lima hari je lagi aku akan dapat menempuh traffic jam
lima hari je lagi aku akan dengar hot fm am krew
lima hari je lagi aku akan jumpa cikgu-cikgu dan anak murid
lima hari je lagi aku akan menempuh panas terik dan traffic jam di tengah hari
lima hari je lagi aku akan mengadap buku persediaan mengajar
lima hari je lagi aku akan membuat bahan bantu mengajar
lima hari je lagi aku akan tidur awal sebab nak bangun awal.

ya ! semuanya LIMA !

tah lah. kenkadang tuh maca konfius dengan diri sendiri. kenkadang rasa sayang sangat nak tinggal kan sekolah ni. kenkadang rasa macam "aarrgghhhhhhhhhhhhhh..... cepat lah. bila nak habes praktikum !" .ermmmm macam tuh lah. tapi bila dah habis praktikum, means, nanti kena attend kuliah, mengadap esaimen, mengadap budak-budak maktab. macam tak best jek. urmmmm....

jum sambung pasal l.i.m.a.

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui bunyi kicauan burung. mesti akan rindu. mesti ! sebab bunyi tuh yang buat jiwa aku tenang dikala pagi hari.

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui suasana pagi subuh. sangat tenang dan damai walaupun dah banyak kereta.

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui untuk melihat matahari terbit sedikit demi sedikit. mungkin aku akan lihat bila praktikum yang akan datang. itu pun kalau sempat.  rindu itu pasti datang !

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui untuk melihat permandangan kampung sepanjang perjalanan ke sekolah. sejuk mata memandang. ya, ia sangat cantik ! rindu !

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui suara, panggilan, kerenah dan perangan murid-murid tahun 1 DELIMA ! hadui.. rasa nak menangis sekarang. sangat sayang untuk aku tinggal kan mereka. walaupun mereka semakin nakal dan hyperactive, mereka juga lah yang paling aku sayang ! semestinya aku akan rindu kan ridhuan ! haziq, firdaus, aqwa, farhan, ikram, aidil, azam, akmal, fizi, alif, haizad, irfan, aiman, aimran, iskandar, wina, shafika, aliya, natasha, dan sabiha.  haaaaa... habes semua aku nak sebut. korang lah anak murid yang paling comel ! ya, akan rindu sampai bila-bila !

dan dalam masa LIMA hari lagi aku semestinya akan merindui untuk menyanyi, berangan dan berkaroke dalam kereta. haha dah nama pun drive alone, ape je lagi yang mampu dibuat seorang diri? harus lah menyanyi, melalak tahap suara artis kan. sape je nak dengar. tak de sape. haha

dan semestinya rindu untuk buat macam-macam lagi.

4 comments:

♥e'in♥ said...

n aq dh LIMA hari lmbt ehem2.. haish! ;p

nadia sallehudin said...

lambat ehem2 ape fara? huhu

Syafiqah_SKSL said...

uish....cikgu ingat sumer lha nme2 bdk klas 1 Delima...sye yg jg kls dorg dri awk tahun pon...x tau nmer...sorg pon x tahu...hehe

nadia sallehudin said...

memang lah ingat kalau dah panggil name sensorg tuh sepuluh kali. huhu