Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

4.6.12

kematian

entry kali ni nak feeling sedih sikit. terjadinya entry ni sebab pagi tadi on twitter sebok orang cakap seorang perempuan ni "Yasmin Hunwick". siapa dia aku  totaly tak kenal and tak pernah kenal pun dia siapa. yang pasti she's very young and meninggal dunia sebab accident last night. oh, sorry. caca marba tulisan aku mix bahasa melayu and english. sedih jugak bila dapat tau. she remind me to zurina, my bestfriend ever.

sering kali aku terfikir-fikir beberapa soalan yang aku takkan tahu jawapannya sampai bila-bila. soalan-soalan yang sering bermain difikiran apabila ada kematian. tak kira siapa. nak tahu soalan apa??

: macam mana keadaan aku mati nanti? keadaan baik? buruk? memalukan? ngeri?
: adakah kematian aku akan susahkan orang lain?
: dengan siapa aku akan mati? sendiri? dengan keluarga?
: bila aku akan mati? sebelum atau selepas ibu dan ayah aku? sebelum atau selepas aku berkahwin?
: kalau sebelum mereka siapa pula yang akan jaga mereka? jaga adik2 aku?
: kalau dah berkahwin siapa yang akan jaga suami dan anak-anak (kalau ada rezeki)?
: siapa yang akan sedih bila aku dah tak ada?
: siapa yang akan sedekahkan al-fatihah dan surah yassin kat aku?
: siapa yang akan ziarah aku? family? ibu? ayah? abang? adik2? saudara mara?
: adakah kawan-kawan aku sanggup bersusah payah nak ziarah aku?
: siapa teman-teman rapat aku yang akan datang?
: adakah mereka semua akan bersedih dan menangis kerana aku? atau mereka bergembira bertepuk tangan      bila aku dah mati?
: siapa yang akan yang akan mandikan aku? kapankan aku? bacakan yassin? solat kan untuk aku?
: siapa yang akan angkat aku untuk ke van jenazah?
: siapa yang akan iring aku ke kubur? keluarga? saudara mara? sahabat? teman? musuh??
: adakah mereka sudi untuk lakukan semua itu untuk aku?
: siapa yang akan baca doa untuk aku?
: siapa yang akan curah air atas kubur aku?
: siapa yang akan tabur bunga atas kubur aku?
: siapa yang akan selalu ziarah kubur aku? bersihkan kubur aku?
: siapa yang akan selalu sedekahkan al-fatihah dan yassin sepanjang pemergian aku?


terlalu banyak soalan-soalan yang selalu bermain difikiran. kat atas ni hanya sebahagian sahaja. cukup sedih bila aku fikirkan jawapannya. seriously aku tak sanggup untuk jawap untuk  diri sendiri.
dunia akhir zaman. kematian tak kenal usia, tua , muda, sihat, sakit, uzur. yang pasti kematian akan datang tepat pada masanya. yang tahu hanyalah Yang Berkuasa, Allah S.W.T.

aku berdoa supaya aku sentiasa dekat disisi-Nya. nak tinggalkan zaman lalu aku yang penuh dengan dosa. yang pasti aku ingin selalu meminta kepada-Nya yang terbaik untuk aku dan meminta supaya Dia sentiasa denganku dan sentiasa mengingati aku.



tak pasti kenapa aku post sekali dengan lagu ni.

opick : cahaya hati

copyright youtube


3.10.11

pengalaman

sebelum nak cerita pasal pengalaman. nak cakap sikit. esok exam sidang merancang. merancang apakah?haha sidang merancang memasak okeh. selasa minggu depan dah exam masak pula. jadinya sebelum memasak kena merancang apa yang perlu memasak.

kepala dah pening nih mencari resipi-resipi yang sesuai. so, nak rehatkan kepala nih jap.

dah 22 tahun hidup, opkos banyak perkara baik buruk yang jadi. semua-semua itu menjadi pengalaman. dan pengalaman mengajar aku banyak perkara.

"pengalaman adalah cikgu terbaik." itu adalah qoute yang slalu kita dengar kan. memang betul dan diperakui.

pengalaman ajar aku supaya lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara yang akan datang.
pengalaman ajar aku lebih banyak berfikir mengenai kehidupan, dunia.
pengalaman ajar aku menjadi lebih baik dari dulu dan pengalaman merubah aku dari baik ke tak baik pun ada.

entah la. kalau nak fikirkan masalah memang sampai bila-bila tak selesai kan.

jadi, aku redha je la dengan apa yang berlaku. ada hikmah disebalik nya. kan ? :)