9.5.11

IBU ~INSPIRASI HIDUPKU~




yes, itu ibu saya. that my mum! 

SELAMAT HARI IBU! untuk ibu terchenta
puan RAMLAH AHMAD

okeh. sebenarnya hari2 hari ibu. hari2 kita kena ingat jasa, pengorbanan, kasih, sayang, dan perkara2 yang telah ibu curahkan pada kita. tapi memandangkan memang hari ini telah ditetapkan hari ibu, maka jumlah sama2 wish hepy mother's day. aku ada terbaca kat satu blognih. dia cakap haram sambut mother's day ni sebab orang kristian sambut because they celebrate their "mother". mother in this situation is the god mother. ibu tuhan iaitu mariam. wahuallahualam. tapi kita sebagai orang islam ambil yang baik je la iaitu tak ada niat lain selain menggembirakan hati ibu kitasendiri. pada yang dah berkahwin, ucap juga kepada ibu mertua. :) tapi aku belom kawen lagi. 

so, mengenangkan jasa dan pengorbanan ibu, aku still ingat lagi masa kecik2, ibu lah yang ajar aku membaca. masa ibu ajar siap pegang hanger besi. kalau aku xdapat baca atau terlupa huruf, memang kena sebat. tapi tak kuat pun. sampai menangis2 aku eja perkataan tuh. hasil daripada itu, maka jadilah aku yang sekarang. alhamdulillah... :)

ibu garang time aku kecik2. kenkadang tuh terfikir jugak. aku ni anak angkat ke sebab dia selalu marah & akan pukul kalau aku balik rumah lambat. sedih kan. haha tapi itu lah cara mendidik anak. kalau tak, mesti aku tak jadi macam sekarang ni. & because of she, i'm will be a teacher! yeahhh... sebab masa nak apply upu, kolej2 , poli  etc, ibu aku lah yang buat semua tuh. that time rumah takde internet lagi. aku ni sangat lah jahiliah pasal internet. haha so, ibu aku online time kat office dia. dia yang buat application untuk upu, poli, maktab dan sebagainya lah. aku pu  redha je lah. mungkin berkat tangan ibu, aku pun dapatlah pergi interview dan terus masuk maktab. walaupun untuk 2nd intake.  

masa baru masuk maktab, aku da give up dah sebab first, aku rindu dekat poli. masatuh dan 3 minggu aku kat poli merlimau. then kena masuk maktab 2nd intake plak tuh. member pun sorang aku xkenal. lagilah tension. ayah da bagi izin kalau nak masuk poli balik, tapi oleh sebab ibu cakap "jangan nak mengade2! duduk je kat sana belajar!". so, sampai lah sekarang ni. bagus tak ibu aku. kuikuikui. 

all this happen because her. 
:)

bukanlah aku nak cakap ayah aku tak bagus plak. atau tak buat apa2. jasa ayah tetap ada dan tetap akan dikenang. tapi tunggu father's day lah ye. hihi banyak nak cerita sebenarnya. tapi tapelah. mungkin ada hari lain. apa2 pun, aku cukup percaya bahawa kita semua mempunyai ibu yang sangat berharga dan bermakna untuk diri kita. ibu lah orang yang paling kita boleh percaya, kawan paling terbaik kita. orang yang sentiasa sokong dan sentiasa berada dibelakang kita. ya, ibu will be do the best for their child. jadi, sentiasalah menghargai apa yang telah dibuat oleh ibu kita. 

nasihat untuk diri aku: please do not make ibu dissapointed with u. hee. tolong bahagiakan ibu sampai ke akhirat. sentiasa doakan ibu dan ayah after solat.  aku juga harap yang aku tak kan lupakan mereka walau apa pun terjadi. amin....

ceritakedaikopi~ kak ngah sayang ibu sangat2. :)

No comments: