3.6.13

Hari semua dapat bunga! :)

assalamualaikum.....

hi.. selamat malam !

Alhamdulillah... diri ini masih merajinkan diri untuk mengetuk papan kekunci kat laptop ini untuk satu lagi entry... ewahhh..... ayat tu tak tahan! hahaha so nak cerita... mengenai sesuatu yang dah terlalu lama aku menunggu. bukan aku je kot. kawan-kawan yang lain pun sama iaitu hari di mana setiap dirai itu akan dapat bunga! tak kisah lelaki atau perempuan iaitu Majlis Konvokesyen aku! yaiyyy!!! selepas 5 tahun setengah belajar kat IPG plus 6 bulan menganggur, tibalah masanya..

terlalu banyak sangat nak cerita sebenarnya.... tapi aku cerita pasal hari konvo dulu ye. so bertempat di PICC. sesiapa tak tahu PICC tu Putrajaya International Convention Centre atau pun Pusat Konventional Antarabangsa Putrajaya. tarikhnya 29 Mei 2013 hari Rabu. walaupun cuti sekolah tapi ibu ayah je yang datang. sedih sebab adik-adik dan abang tak datang. tapi nak buat macam mana, masing-masing ada hal sendiri.... ibu ayah dah datang pun dah cukup bagus. ditambah pulak orang yang sedang bertakhta dihati pun sanggup datang pagi2 pun dah cukup... heee *oke.ayat bertakhta dihati tuuuuu... sila muntah!* hahahahha

jadinya malam selasa ibu ayah datang terus ke Petaling Jaya lah kan rumah abang. pagi2 rabu tu bertolak lah ke PICC.. sampai agak lewat sikit. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar... jumpa dan duduk sekali dengan kesayangan aku... happy sebab dapat celebrate sama-sama.... ambil gambar sama-sama... majlis pun cepat je. tak lambat pun. 11.30 pagi dah settle semua. heee yang best nya masa nak naik pentas tu sempat lambai tangan dan senyum kat Ketua Jabatan aku dulu merangkap supervisor masa buat kajian tindakan dulu..... 

lepas habis majlis, Syahmi dah tunggu kat luar dewan dengan ibu ayah, ambil gambar pulang jubah dan terus pegi makan dan balik JB.... malang dan perkara sedih nya tak dapat jumpa Azie, Zatil dan Qiela before balik. tak sempat nak ambil gambar ramai-ramai semua family. padahal dah janji nak ambil gambar ramai-ramai. :( zatil dah balik dulu then ayah pun nak balik cepat.. sempat jumpa azie kejap. jumpa remy and ambil gambar dengan dia je....  oke. banyak dah taip, jom tengok gambar! yeayy!!

PICC 

kesayangan. sahabat selamanya.

roomate, housemate, kembar, sedara, sepupu, sepapat 

ambil gambar dulu sebelum masok dewan.

baru lepas naik pentas ambil scroll :D


sempat bergambar dalam dewan. belom habis majlis lagi time ni. hahaha

happy face

screen capture. harap gambar bila siap tak buruk haha

dah keluar dewan. yeay! dapat bunga.

ayah dan ibu.
pembakar semangat. punca utama kenapa aku boleh konvo.











oke dah. tengok sampai lebam. sekian....

ceritakedaikopi~ serius happy sangat. lepas ni tak tahu lah boleh rasa konvo lagi ke tak. harap2 boleh dan ada lagi peluang untuk sarung jubah macam ni dengan topi besar macam bunga tu. aminnnn..... 


hugs and kisses,
nadiah sallehudin

17.3.13

tanggungjawab

dah agak lama tak cerita pasal sesedih kan. mungkin sebab aku bahagia je sekarang. hati berbunga. heee

alkisah nak cerita. pagi tadi pergi Semerah nak jengok nenek sedara, Tok Yam yang sakit. kena strok half badan. kiranya tangan, badan sampai ke kaki belah kanan dah tak bole bergerak.

masa datang berbual dengan makcik Ani oke aje. dah masok bilik nak tengok Tok Yam terus rasa sebak. sedih gila. ibu jangan cakap dah berjurai2 dah kluar air mata. aku ni pun cuba tahan, tapi dah bergenang jugak. sedih lihat keadaan tok yam yg uzur tu. tak boleh makan. minum susu je tu pun ikot tiub. sudu kan air kat mulut pun untuk basahkan tekak je sebab memang tak bole telan. tok yam dah tak bole bercakap dah. masa sihat dulu ramah orang nya kenal semua orang tanya itu ini cerita macam2. tu bila dah macam ni rasa sedih sangat2!

tambah berganda sedih aku sebab muka tok yam iras2 muka atok perempuan ibu. sedih nye lahai. terus rasa rindu. makcik ani cakap apa2 pun ibu tetap nak anak perempuan dia yang jaga bila dah uzur sakit macam ni. sama macam ibu jugak. dulu jaga arwah tok ibu sebab ibu anak perempuan tunggal.

bila aku dengar macam tu aku tau dah satu masa nanti akan sampai giliran aku. rasa tanggungjawab tu dah ada. aku dah tanam dah dalam hati. apa2 pun memang aku nak jaga ibu ayah aku kalau jadi apa2. cuma aku berdoa je dari sekarang agar Allah mudah kan segalanya. dengan izin Allah. maksud nya dengan niat baik aku ni aku harap aku tinggal dekat dengan ibu ayah. bila aku dah bersuami dah ada keluarga nanti inshaaAllah, suami anak2 keluarga aku izinkan aku utk jaga ibu ayah. aku harap jugak aku dibekalkan dengan kesabaran yang sangat2 tinggi untuk semua tu. walaupun hati ikhlas redha nak jaga tapi bila kesabaran dah tade, mungkin hati jadi tak ikhlas semua. aku cuma manusia biasa sama macam orang lain. bukan baik sangat cuma harap semua tu ada untuk aku yang bukan seorang yang penyabar sangat pun.

aku harap adik2 aku yang lain akan ada niat yang sama macam aku. tak akan berkira atau tolak sana sini amek mudah pasal hal ni. ibu ayah kita. kita sama2 jaga. :') serius sedih. berjurai dah air mata ni. kalau dulu ibu masih muda lagi boleh je nak jaga tok ibu dengan besarkan 5 orang anak aku harap aku kuat sabar tabah ikhlas redha macam ibu jugak nanti. *doa banyak2. untuk sekarang aku doa ibu ayah sihat walafiat fizikal mental dalaman luaran semua.

oke dah. nak happy kan diri. hari ni jugak 17 Mac birthday kesayangan aku, remy..... sedih jugak sebab dah lima tahun sambit sama2 dengan kesayangan yang lain. tahun ni tak dapat sambut ramai2! untuk kau aku doa yang baik2 agar segala urusan dipermudahkan semua nya. inshaaAllah. amin. :)

25.2.13

Amirul Adeila Wedding part 2 (Johor Bahru)

Assalamualaikum.... hi. Selamat Petang! 
:)

masih di beri kesempatan dan masa untuk aku update majlis perkahwinan abang aku di belah lelaki iaitu di rumah kteorang sendiri.

selepas balik daripada Titiwangsa, satu family pun terus gigih mengemas dan membasuh rumah walaupun dah start dari tahun lepas lagi. memang penat sebab macam tak pernah siap je. ada je yang nak kemas kemas, ubah itu ini... tapi untuk minggu terakhir ni aku macam lagi rajin lah sebab adik ada. cuti seminggu. dah tak banyak sangat yang nak di kemas. sikit-sikit je.

abang and Kak Deila sampai hari Selasa malam. so start hari Rabu, Khamis, and Jumaat tu aku rasa rilex sikit sebab dah ada kakak kan.... hehe so, dia pun ringan tulang nak tolong-tolong kat dapur. if ada tetamu yang datang dia la yang buat air. heeeee untung nya siapa yang ada kakak kan. 

pada masa yang sama aku rasa macam risau jugak sebab setiap kali petang hujan mesti turun. lebat pulak tu. pakej sekali dengan guruh! ishhh... takot time kenduri abang nanti hujan lebat. kesian tetamu yang datang nanti. jadinya, aku doa je semoga dipermudahkan majlis.

Hari Jumaat, semua dah datang dah kepoh2 kat rumah. pak long, pak ngah, pak busu, semua ada and tidur kat rumah. meriah uollsss..... lagipun Jumaat malam tu ada majlis Maulidurrasul dan kenduri doa selamat. majlis start lepas magrib terus baca Yassin, doa selamat. Solat Isyak jemaah kat rumah, terus makan malam dan ceramah Maulidurrasul sekali untuk satu taman perumahan ni. takde lah banyak kerja pun sebab catering so rilex sikit.

hari Sabtu, hari yang ditunggu-tunggu setelah beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. cuaca tu sangat penting! sedang elok. tak panas tak mendung. redup2 je. ada hujan sekejap tapi tak lama dan tak lebat. sejuk-sejuk gitewww.... hehehe meriah! ramai yang datang. cuma nya serius aku tak sempat nak layan. even kawan-kawan aku pun. yelah. semua yang dijemput datang dalam satu masa. alahai..... minta maaf je laa.....

thankyou family, sedara mara, kawan-kawan, fath, oppa, wiwie and family, syahmi, syazani, baby, shiela, rashid, hilman, husaini, hidra and family, nazuan and family, kesayangan remy and abg su.....
korang buat aku happy that day.... :) :)

malam tu, rasa macam penat gila tapi still oke je.... hehe maybe sebab rumah tak bersepah sangat even buat kat rumah pun. cousin2 kot ramai yang dah tolong kemas-kemas before dorang balik. thankyouu so very much! so Sabtu malam tu sesi bukak hadiah. hehe oke je. thankyouu pada semua yang beri. cehhh macam majlis aku pulak ye.... kahkah! 

kat luar rumah pulak bersambungnya mesyuarat agong untuk kawasan perumahan aku tu. konon2 nak save bajet untuk kanopi tu bt sekali. ayah je la yang attend. ibu dah pengsan dah. hahaha atul keluar untuk amek makanan je. ada laksa johor and satay tuuuu... sedap gila oii.... heeee
oke, dah banyak sangat membebel. maghilah tengok gambar2 nye. 

Majlis Maulidurrasul

pink and blue peach
 sibling. girl power.

tak suka sangat dengan pelamin macam ni. bunga terlalu banyak campur warna.

happy family. kelakar kot the third picture tu. haha!!

Baby, Shiela, Hilman, Husaini

thankyouuuuu.........

yeayyy! kesayangan sy ! thankyou remy for comingggg..... :)


last ! ni je sempat bergambar dengan pengantin

oke. itu saje. terima kasih sebab sudi jenguk dan baca bebelan si menaip blog. :)

 ceritakedaikopi ~ mintak-mintak ada kerajinan untuk update pasal festival layang-layang. dah bertahun buat kat JB baru tahun ni kot dapat pergi. heksited ! huuuuu

 hugs and kisses,
nadia sallehudin

24.2.13

Amirul Adeila Wedding Part 1 (Titiwangsa)

hi ! Assalamualaikum.....

sambung pada last entry pasal majlis akad nikah, so keesokan harinya (10 Februari 2013) berlangsung majlis belah perempuan. buat dekat casa Ombak, Titiwangsa. such a great place. cantik!! 
patutnya pengantin lelaki, abang lah tu sampai pkul 12.30 tengah hari. so dari homestay dah keluar pukul 12.00 tengah hari. sampai kat Tasik Titiwangsa berkumpul semua kat situ. tapi mak andam nye lambat gila nak siap kan abang. tunggu sampai pukul 1.15 petang baru ada. sabar je la. dah la panas.

sampai kat villa tuh, terus sanding, makan n ambil gambar. so simple je. pukul 3 lebih macam tu kitaorang semua dah balik JB semula. tak pergi kemana pun sebab nak kemas rumah, settle kan hal kat JB dulu. 

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. cuaca pun panas terik. on the way back to JB pun jalan lengang. tak banyak kereta, tak jammed, takde accident. 
semua pakcik, makcik sedara semua selamat sampai rumah masing-masing dengan selamat.

oke. tu je. taknak cerita panjang. nak upload gambar banyak2 kali ni  hewhew

abang with our one and only atok..


gambar satu family dulu.
oke abang, dah boleh nyanyi  Negaraku sekarang! haha

sementara menunggu pengantin perempuan siap, moh le bergambar kenang-kenangan dulu. heee

agak-agak rasa nak buat album nyanyi adik beradik boleh lah kot
guna gambar ni...... ;p

kawan abang dari sekolah rendah, sekolah menengah, U n sekarang.....

menunggu untuk menyambut dan di sambut. aku suka dress kak Diela. simple and  nice.

renjis-renjis di pilisss....
*apesal tah watermark beso gabak pn tataw. bt malu jek*

my happy family. welcome kak ! :)
  
sedara sepupu makcik pakcik yang memeriahkan majlis sekali.
one big happy familyyyyyy
yaiyyyy!



ceritakedaikopi ~ kalau rajin and ada masa baru update majlis kat JB. nak update pasal festival layang-layang jugak kat Pasir Gudang semalam.... heee harap rajin untuk update. 

hugs and kisses,
nadia sallehudin

21.2.13

Abang & kak Deila Solemnization

Assalamualaikum.... 

:) :)

aku nak cerita. perasaan happy aku nih. tanggal 9 Februari 2013, tepat 5.53petang selamatlah abang aku di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya. hehe kak Deila. so, welcome to our family Kak Deila... :)
so, majlisnya berlangsung di Masjid Ampang. sederhana sahaja. hanya kaum keluarga and beberapa orang kawan abang. 

aku satu family gerak ke Ampang dari JB pagi Sabtu tu jugak. nasib jalan tak jammed. cuma banyak kereta. bagus jugak sebab tak lah drive laju kan. so, sampai Ampang around 2 pm. rehat kejap, lunch and solat. mandi and siap2 lah nak ke masjid. kitaorang duduk homestay kat Ampang.  best! rumah tu besar, cantik, kreatif, selesa and unik. harga pun boleh tahan murah.

so entry kali ni nak cerita pasal majlis akad nikah je. next entry baru cerita pasal majlis belah perempuan di Titiwangsa dan majlis lelaki di JB. so tengok la gambar-gambar ni. tak banyak pun.... hehe

siap-siap sebelum ke masjid

dah siap..... bergambar dulu. mari ke masjid. heee
sebelum akad dan selepas akad. batal air sembahyang.

on the way balik homestay. ambil gambar adik beradik. abang mengada
konon-konon malu nak bergambar sekali. sorok belakang seat. eeeeee! haha

dah sampai homestay. ambil gambar together2. dulu lima orang. sekarang dah jadi enam orang.
dulu empat perempuan. sekarang dah lima.
bila nak tambah jadi tujuh? dua lelaki lima perempuan??? hahaha
persoalan yang susah nak jawab! >.<

the bride and the groom.
last but not least. macam biasa empunya diri. heeeeee












ceritakedaikopi~ happy for both of you abg and kak deila. happy for ever till jannah. moga abang dapat bimbing isteri dan keluarga dengan penuh keimanan..... :)

hugs and kisses,
nadia sallehudin

entry pertama di tahun baru

assalamualaikum.....

tahun 2013 sudah, bulan februari pun bakal berakhir. so this is the first entry for this year. arghhhh.... actually terlampau banyak cerita nak kongsi. banyak perasaan dalam hati ni. tapi tuh lah kemalasan yang melampaukan. jadi apa pun tak ada.

awal Jan untill now sibuk pasal posting, interview SPP, penilaian khas, blablablaaa... tah bila nak settle pun tak tahu lah. tah apa kena this year paling bermasalah nak posting. geram jugak. tapi sabar je lah. rezeki belom sampai. but, masa tengah Jan hari tu aku ada la jugak terima tawaran guru ganti kat Sekolah Aminuddin Baki. terima pun sebab tiga minggu je and sekolah sekangkang kera dari rumah. so terima je. orang cakap ambil pengalaman giteww. jadinya memang banyak la pengalaman yang aku dapat. tapi takyah ceritalah malas sebab tak best pun. pening kepala dengan kerenah masing-masing.

bulan Feb tak sambung pun. bagi alasan dekat pegawai PPD busy sebab abang nak kawen. ahaii.... mengade betul. macam empunya diri je nak kawen kan. tapi memang busy lah. nak patah riuk tulang ni mengemas rumah. perghhh..... so last week dah settle dah wedding abang. ni yang japg nak upload gambar and update cerita pasal abang ni. sekarang pun dah lambat kan. almaklum.. malas punya pasal. so tunggu je lah.....

sampai sini je lah. bebel panjang-panjang bukan ada sape nak baca pun kan. huuuuu

bye !

hugs and kisses,
nadia sallehudin

13.12.12

LEGOLAND


Hai!!! 
saje update. esok nak pergi Seremban dah. beg belum siap kemas. tetbe rajin nak update.hehe


ni aktiviti hari ni. pantas aku upload. tengok lah. tak banyak gambar sebab dua jam je dalam tu. hujan. sooo sad. ;(



di Nusajaya, Johor. Pertama di Asia. :)
pls come and enjoy it.

feeling kalau ada boat or cruise sendiri. syok wo dapat drive. cehhh.....







naik roller coaster ni basuh lencun wooo..... tambah hari hujan. memang nasib lah. tapi seronok. agak seram bila turun waterfall kat belakang tu. 


bye ! 


ceritakedaikopi ~ tak sabar nak jumpa #kesayangan esok. for sure hot story hot gossip! 


 hugs and kisses,
nadia sallehudin